Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi,tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit tali perutku.Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta,gajah,zirafah,kasut,bunga,pensil warna,matahari,pantai,ketam,anak - anak kucing,kura - kura,telefon,kambing,mata,hidung,hujan,ribut,taufan,badai,gula - gula,ladang dan sebagainya.Kala itu,kita bagaikan Sinichi Kudou dan Ran - (detektif conan).Kau dan aku umpama Mizz Nina dan Noh Hujan yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Zabarwat itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak unta di Burma.Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok kelapa sawit secara besar-besaran di Pasir Gudang.Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai seatbelt setiap masa sebagai langkah keselamatan.
Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber - set.Yang mana aku telah tewas di final - set.Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang berbisa bagaikan sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah.Ternyata sikapmu mula berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku.Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada,aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok kangkung di dalam parit di depan rumah Mak Gayah untuk mengisi masa lapang.Kadang-kadang aku mengikat botol anggur pada tiang rumah agar nampak lebih cantik.Aku juga mangait buah2 kelapa dan mengumpulkannya di tepi rumah buat perhiasan.Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk di rumah Pak Aqub mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang.Aku cuba bermain badminton sambil makan mee hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya.Lalu aku membakar mesin basuh dan periuk mak aku untuk menghilangkan rindu.Aku turut membelasah empat ekor kambing putih milik jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa?Mengapa sayang?Mengapa ini semua mesti terjadi?Mengapa kau buat begini setelah kau curi hatiku,kau rompak kasihku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni beras yang kau timpakan di atas belakangku.
Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untukku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor ayam dan 456 ekor anak beruk.Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara PWTC dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai.Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir.Aku sedar siapa aku.Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.Aku bukan Superman,McDonald's,McGyver,atau MaskRider.Aku juga bukanlah Batman atau Spiderman seperti yang kau idam-idamkan.Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin tuna yang kugenggam ini telah pun luput tarikhnya.Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal titanic telah pun aku cincang untuk dibuat makanan gajah.
Walaupun segalanya telah pun berakhir,disini,diatas pokok gkelapa sawit ini aku akan tetap menunggu kau kembali.Selagi ada nafas ini,selagi ada kompleks membeli-belah SOGO,selagi ada kedai kasut getah di sekitar Argentina,selagi kumpulan Hujan tidak berpecah,aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.
Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang telefon awam dihadapan rumahku berbuah.Jika tiang itu berbuah nanti,aku poskan buahnya kepadamu.Nak tak?
Aku juga akan menunggu ikan pari belaan Mak Jah bertelur.Aku sendiri tidak pasti bila ikan jenis berdarah panas ini akan bertelur,namun aku rela menanti untuk menjadikan telur itu sebagai masak lemak cili api yang menjadi santapan makan tengahari kita berdua andai kau sudi pulang ke pangkuanku.
Akhir kata,aku akan mengirimkan unta Pak Lang beserta surat ini untukmu.Kau boleh menyembelihnya sebagai tanda kau juga masih sayang kepadaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan