DropDown List

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 18 November 2010

Rahsia Kenapa Lelaki RUMIT



1.Jika kamu melayannya dengan baik,dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
   Jika tidak,kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik,dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
    Jika tidak,dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya,dia kata kamu keras kepala.
    Jika kamu berdiam diri,dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia,dia akan jatuh air muka.
    Jika dia yang lebih pintar,dia kata dia hebat.

5. Jika kamu tidak cintakannya,dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
    Jika kamu mencintainya,dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu berkongsi masalahmu dengannya,dia kata kamu menyusahkan.
    Jika tidak,dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

7. Jika kamu cerewet dengannya,dia anggap kamu seperti seorang pengasuh.
    Jika dia yang cerewet padamu,itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji,kamu tidak boleh dipercayai.
    Jika dia yang ingkari janjinya,dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya,kamu sangat kejam.
    Jika dia yang menyakitimu,itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan fakta - fakta ini kepada orang yang bernama
LELAKI...

mereka pasti akan bersumpah bahawa semua ini tidak benar

(^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan