All in my blog...
DropDown List
- Previously i'm using RYHS for my nick. But, now comeback wif SyiraYun. Afterall, its still the same one.. (^_^) Hanya seorang manusia yang ingin mendamba redha Illahi sepanjang meniti kehidupan penuh berliku ini.KeranaNya kukorbankan cinta yang hadir bersemi di hati hanya untuk dipendam dan menyakiti diri sendiri.Semoga tidak tersesat mengikut kata nafsu.Amiin.
Khamis, 18 November 2010
11 Tips Dalam Perhubungan
1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik,kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri.Dengan adanya pasangan yang beriman,maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.
2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda.Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu ,jangan selalu dikenang atau diingat.Berfikirlah positif.Bila anda minder,sama saja anda mengatakan bahawa anda tidak sepadan untuk pasangan anda.Bila anda tidak percaya diri,bahawasanya anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia,maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.
3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan,tanda pertama yang akan kelihatan adalah pudarnya romantisme antara pasangan.Umumnya,hubungan antara pasangan yang akan retak membuatkan pasangan saling melupakan bagaimana sukarnya ketika pertama kali mereka mahu menjalinkan hubungan tersebut.Hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.
4. Jangan buat sesuatu hanya sekadar ingin membahagiakan pasangan
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan,tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia?Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut?Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda,anda memperlebarkan lagi jurang hubungan cinta anda.Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut,dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.
5. Jangan paksa pasangan
Ini adalah antonim dari tips 4.Jika anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal,mengapa dipaksa,kan...???
6. Jangan merendahkan pasangan
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini.Masing - masing mempunyai daya pemikiran,kerja dan daya tahan tersendiri.Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia lakukan,bagaimana anda mampu berharap dia akan melakukan sesuatu yang betul???
7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta.Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan.Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda,bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?
8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup...Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka mahupun duka.
9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari.Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda,anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyedari bahawa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.
10. Jangan berlaku kasar tanpa sebab terhadap pasangan
Cukup jelas…Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati orang lain.Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda sendiri.
11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan bertahan lama apabila dibina berdasarkan pembohongan demi pembohongan.Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui pembohongan yang tersimpan itu,tetapi fakta bahwa anda mengetahui pembohongan itu,akan mempengaruhi perasaan anda mahupun pasangan anda.Dengan itu,hubungan cinta tidak akan mencapai titik yang maksimum.
Label:
TipsRahsiaDoa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan