Sememangnye,telalu banyak rahsie yang tesemat pade tangan kite.Cmne pun,ini cume ramalan je.So, jangan telalu fanatik sangat nak pecaye...
Cube peratikan tiap garisan pade tapak tangan & bandingkan ngan garisan yang dinomborkan cam gambar kat bawah.Tiap garisan mempuyai maksud yang tetentu.Pi,jangan panik lak...bukan semue garis yang dinyatakan 2 ade pade tapak tangan..And of course la bentuknye berbeza2...Ade yang kurang jelas,putus2 sbgainye.So ,selamat ‘menilik’...Jangan tesalah tilik,sudaa... :)
Gris Pd Tpk Tgn |
Garis nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu.Semakin ia panjang & terang garisnya,semakin baik maksudnya.Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.
2. Garis kecergasan
Garis nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran & keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi.Misalnya seorang pelajar,jika ia jelas,terang & lurus,ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran & kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu,setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih.Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.
3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan & percintaan kamu.Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang & lurus,ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja.Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang lain,ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati.Malah jangan terkejut,jika ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini merupakan seorang yang ‘curang’ & menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!
4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis nombor 4 ini.Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja?Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempuyai dua atau lebih.Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti,mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.
5. Garis matahari (Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas & nyata.Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian,ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya & terkenal dalam kehidupan kamu.Sebab itulah,ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama.Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.
6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan,sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas,lurus & tidak putus-putus.Sekiranya garis ini putus-putus,ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik.Begitu juga sebaliknya.
7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan,kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal & bahagia selama-lamanya.Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu.Tiada lagi yang kedua & seterusnya…
8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahayamata sendiri bila tiba masanya nanti.Berapa orang anakk yang kamu inginkan?Tidakkah kamu perlu mengetahuinya?Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus & pendek yang kamu miliki & ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. kamu mendapat terdapat empat garisan & ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.
9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar,suka merantau atau melawat tempat-tempat asing?Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas & terang,seperti yang dinyatakan pada garisan nombor 9.Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah & mudah bosan dengan sesuatu tempat.
10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna & bahagia.Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh.Bagi kamu yang memiliki garisan nombor 10 ini dengan jelas & terang,dikatakan kamu mampu memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.
11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya.Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan?Diramalkan,setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu.Kira saja berapa gelang yang kamu ada & ramalkan jumlah hayat kamu sendiri!
Tapi awas!Jangan terlalu percaya sangat...Ajal & maut di tangan Tuhan,kan?
Bila jari kamu dirapatkan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan