Zmn skrg ni,org byk wt cte psl ibu je...Smp ad yg duk pulun nangis bl bce,dgr o tgk cte yg bkisarkan ati nurani seorang ibu.Mmg xdpt dinafikan btpa mulianye pgorbnn seorang ibu untuk anak2 yg dsygi.Tp...ad seorg llki yg bglr ayh disblik ktbhn seorang ibu.Tnp ayh, mn ad ibu.Yelaa...msthl blh lhir seorang ank tnp ayh.
Jom kte renungkn..........................................
Dinihari itu Ejam terjaga.Dia merenung sejenak ke luar tingkap.Hatinya dihambat sayu.Pahitnya melalui hari-hari mendatang melemahkan ketabahannya.Andai masa itu boleh diputar kembali...
Jauh renungannya membawanya kembali ke masa lalu.
"Aku tak tahu la ape aku nak buat sekarang ni.Balik rumah pun hati tak tenang,Mal".Ujar Ejam."Ape yang kau nak fikirkan sangat ni,E?Biar lantak la kat orang tua tu!Bukan die kacau kau pun.Kau tu emosi sangat la".Sahut Jamal."memangla die tak kacau aku phisically...tapi, die kacau aku mentally,kau tahu?!!Aku tak bolehla nak tengok muke die lagi.Mendidih hati aku ni.aku tak boleh nak kawal perasaan ni tau bile berdepan dengan die.Aku rasa macam nak bunuh je die.Biar die rase ape yang mak aku rase dulu".Bentak Ejam.
Jamal merenung Ejam tajam...kemudian mengalihkan pandangan sambil melepaskan keluhan kecil.Hatinya mengeluh.
"Astaghfirullah,E.Cuba kau bawak mengucap.Fikir baik-baik ape yang kau cakapkan ni.Kau jangan ikut serakah nafsu kau tu!".Nasihat Jamal."Dah la...aku nak keluar pegi pekan.Malas aku nak dengar kau membebel".Ejam mencebik dan terus berlalu meninggalkan Jamal yang membungkam.
Ejam kembali dari lamunan...baru tersedar titisan airmata mula membasahi pipinya.Diseka airmata itu lalu bangun dan lantas berwudhuk dan bertahajjud.Di akhir solatnya dia berdoa agar dosanya diampuni yang Maha Esa.Selesai berdoa,dia duduk di birai katilnya.Matanya lekat memandang sebuah album gambar yang terletak di satu sudut di atas mejanya.Dicapai dan dibelek satu persatu gambar di dalamnya.Matanya tertumpu pada satu gambar yang meruntun jiwa lelakinya.Ditatap potret itu sedalam-dalam dengan tatapan yang penuh bermakna.Jiwanya sayu.
"Kau buat ape kat sini, hah? Macam mana kau boleh masuk?Kau nak mencuri,ye?!"Jerkah Ejam."Bukan,nak...bukan.Ayah cuma nak makan,nak.Cukuplah kalau ayah dapat sesuap nasi...Cukuplah walau sesuap je, nak".Rayu Seman."Ahh ... pergi kau dari sini.Kau tak layak nak makan dengan aku.Nasi dan makanan yang ada dalam rumah ni semuanya aku yang punya.Aku yang beli.Kalau kau nak makan, kau pergi beli sendiri!berambus kau dari sini.Dan ingat...jangan berani kau panggil aku anak!Aku bukan anak kau dan kau bukan ayah aku!Pergi!".Lantang Ejam menengking."Tapi,ayah lapar,nak.Dah 3hari ayah tak makan ape.Ayah datang sini pun cume nak mintak sesuap nasi je,nak.Ayah tak mintak ape pun lagi.Tolongla ayah,E".Rayu Seman yang semakin sayu.
Ejam naik berang.Hatinya semakin mendidih.Dicapainya sebilah parang lantas cuba menghunusnya ke arah Seman.
"Aku kate, pergi!"tengking Ejam yang sudah mula menggila."Ya,Allah...!!!!! Ejam...bawak ngucap,E.Istighfar banyak-banyak"Jerit Mak Wan yang tiba beberapa ketika selepas terdengar jeritan Ejam.
Ejam tersentak...dilepaskan parang ditangannya.Dia terduduk.Mak Wan datang menghampirinya.Memujuk supaya Ejam menenangkan hati yang membara.Ejam mengeluh perlahan.
"Suruh orang gila ni pergi dari sini,Mak Wan".Pinta Ejam sayup merayu.
Setelah beberapa hari peristiwa Seman memecah masuk rumahnya,Ejam membuat penambahbaikan terhadap kawalan keselamatan dirumahnya.Sistem penggera dipasang untuk mengelakkan orang tua itu memecah masuk ke rumahnya lagi.
Ejam masih ingat...setelah dia mula bekerja dan mencari rezeki dengan usahanya sendiri,dia berazam untuk membeli rumah sendiri dan tidak mahu lagi tinggal bersama orang tua hina itu.Setelah dia berjaya memiliki rumah sendiri,ditinggalkannya orang tua itu.Hatinya masih berdendam dan penuh dengan amarah terhadap orang tua itu.Hatinya membenci orang tua itu.Keras dia menentang perbuatan orang tua itu memecah masuk ke rumahnya tempoh hari.Memori lima belas tahun lalu kembali menerjah ingatannya.Masih jelas gambaran kenangan hitam itu bermain dibenaknya seperti pemain VCD yang kembali diulang tayang.Dia kembali teringat bagaimana ibunya terbaring berlumuran darah di ribaan orang tua itu sambil orang tua itu memegang sebilah pisau yang tertusuk di dada ibunya.Waktu itu, Ejam hanya berusia sepuluh tahun.Meskipun dia tidak mengetahui apa,tapi dia faham apa yang terjadi.Semenjak itu,dia tidak sanggup melihat orang tua itu.Hatinya penuh dengan dendam.Dia tidak mahu lagi melihat orang tua itu.Namun,mengapa orang tua itu tidak serik?Hatinya menjadi tidak tenteram.
"Aku hairan la Mal ngan kawan-kawan kau tu.Diorang tu keje ape,Mal?Kete besar-besar?Mewah je aku tengok?".Soal Ejam kehairanan."Diorang tu keje cam aku jugak.Cuma tu la,aku malas nak membazir cam diorang.Aku simpan duit-duit aku dalam bank,buat simpanan masa depan".Ujar Jamal sambil tersenyum."Biar betul kau ni???Aku tak pernah nampak pun kau berbelanja mewah-mewah cam diorang?Serius ke kau ni,Mal?Banyak main la kau ni, Mal".Seloroh Ejam seolah-olah memerli sahabat karibnya itu."Kau tak caye?Jom ikut aku".Ajak Jamal sambil menarik tangannya."Kite nak pegi mana ni,Mal?"Soal Ejam."Adela ... kau ikut je".
Mereka tiba disebuah mesin ATM.Jamal memasukkan kad ATM nya dan menunjukkan jumlah baki akaunnya kepada Ejam.Ejam terkejut melihat jumlah hampir RM3 000 000 di dalam akaun Jamal.Dia terpana.Dia mangalihkan pandangan pada Jamal yang hanya tersenyum bangga.Pulang ke rumah,Ejam tidak berhenti berfikir.Bagaimana agaknya sahabatnya itu boleh menjana pendapatan sebegitu banyak.Dia lantas teringat tawaran Jamal untuk bekerja dengannya.Ejam jadi tidak menentu.Jumlah wang sebegitu banyak membataskan akalnya untuk berfikir waras.
Setelah sekian lama bermain teka teki,Ejam akhirnya akur dengan permintaan Jamal.Dia juga akur untuk menurut kata hatinya yang menginginkan kehidupan yang mewah.Walaupun dia tidak mengetahui bahawa pilihannya itu bakal memusnahkan kehidupannya sebagai seorang manusia berperikemanusiaan.Ejam membuat keputusan untuk bekerja bersama Jamal yang dianggap sahabat karib,teman terbaik dan satu-satunya keluarga yang dia miliki.
Mulanya Ejam terkejut dengan pengakuan Jamal mengenai apa sebenarnya pekerjaan Jamal sehingga mampu menjana pendapatan yang lumayan.Namun,Ejam tidak menolak.Bahkan ingin mencuba nasib seperti Jamal.Setelah hampir setahun bersama Jamal,Ejam kini juga sudah menjana pendapatan yang hampir sama banyaknya dengan Jamal.Baru dia tahu,menjadi ahli kongsi gelap lebih berbaloi dari bekerja seharian di pejabat.Bukan sekadar menjadi pembunuh upahan,malah juga penyeludupan warga asing ke tanah air juga merupakan satu tugas Ejam yang sangat disukainya.Pendapatan Ejam kini sudah membunuh hati nurani sucinya.
Namun,bukan semua kekayaan yang asalnya dari jalan yang salah akan kekal membahagiakan.Malam itu,ada tugas untuk Ejam dan rakan-rakannya.Malam tersebut merupakan malam yang tidak mungkin akan dapat Ejam lupakan sepanjang hayatnya.Di situlah segalanya berakhir dan menimbulkan rasa yang tidak berpenghujung di dalam hatinya.Dia menjual dan menyeludup ganja dengan menjadi orang tengah kepada pengedar utama yang merupakan ketua mereka.Tempat perjanjian penghantaran barang itu amat terpencil dan merupakan rahsia perkongsian mereka.Sewaktu urusniaga dijalankan,Seman datang tanpa diduga.Ejam berang.
"Ape kau buat kat sini,orang tua?!"bentak Ejam."Jangan buat semua ni,nak.Nanti kau menyesal sendiri"Pujuk Seman."Ape kau peduli??Kau tu sendiri pembunuh!Kau bunuh mak aku!Kau sial!"Ejam melepaskan sakit di dada."Bukan ayah yang lakukan semua tu,nak"Sangkal Seman cuba menerangkan keadaan sebenar pada Ejam."Diam!!!Aku tak nak dengar semua tu!".Jerit Ejam.Hatinya semakin diamuk rasa marah.
Tiba-tiba Ejam dan rakan-rakan yang berada di situ terdengar bunyi siren polis.Masing-masing lari bertempiaran.Dalam keadaan tidak terkawal itu,Ejam semakin marah.
"Sial kau orang tua!"Jerit Ejam.
"Bang...!!!".Ejam melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol yang ada di tangannya.Hanya satu das tembakan dilepaskan,dan ianya tepat mengenai dada Seman.Ejam terpana.Seolah tidak percaya dengan apa yang telah dilakukannya.Dia segera melarikan diri meninggalkan Seman menahan kesakitan menempuh sakaratul maut.Perlahan Seman menutup mata dan menghembuskan nafas terakhirnya sambil melihat bayangan Ejam yang semakin kabur dari pandangannya.
Ejam melarikan diri ke Kanada...takut dia dijejaki.Setelah meninggalkan tanah airnya,Ejam mula memperbaiki diri.Merenung kesilapan silam dan menyesali perbuatannya.Dia menyesal telah mengikut jejak Jamal dulu.Jamal pula telah ditangkap dan dihukum gantung atas kesalahannya.Biarpun Ejam menyesali masa silamnya,namun tidak sedikit pun berbekas dihatinya rasa kesal setelah membunuh Seman.Baginya,dia berpuas hati dapat membalas perbuatan orang tua itu.Dia lega orang tua itu sudah tidak ada lagi di muka bumi ini.Setelah hampir lima tahun menetap di negara orang,Ejam amat merindui tanah airnya.Tempat di mana asal usulnya.Di mana dia telah dilahirkan dan dibesarkan.Di mana tersimpannya segala kenangan pahit dan manis bagi dirinya.Ejam pulang ke tanah air setelah yakin dengan keputusannya.
Ejam menghulurkan tangan bersalaman dengan bekas pembantu rumahnya itu.Ejam menghadiahkan senyuman.
"Mak Wan ape kabar?".Ejam memulakan perbualan."Mak Wan sihat,E.Kamu dari mane ni?Lame dah Mak Wan tak nampak.Bertahun dah.Tibe-tibe je kamu menghilangkan diri...ke mana kamu pergi,E?".Soal Mak Wan ingin tahu.
Ejam hanya tersenyum tawar.Soalan Mak Wan dibiarkan sepi tanpa jawapan.Mak Wan diam.Matanya merenung tepat wajah Ejam yang kusam.Hatinya ingin tahu.Namun,dia tidak mahu mendesak anak muda itu.Dibiarkan Ejam meneruskan perjalanannya menuju ke rumahnya yang sudah lima tahun ditinggalkan.
Malam itu,Mak Wan datang menjenguk Ejam.Dilihatnya Ejam sedang termenung di beranda rumahnya.Mak Wan datang menghampiri Ejam.Dihulurkannya sepucuk surat.Ejam menyambut.Tanpa bersuara,dia pergi meninggalkan Ejam.Ejam hairan.Dibukanya sampul surat itu dan dibaca tiap baris ayat yang tercatat pada surat itu.Ejam meraung...alangkah kesalnya dia untuk setiap perbuatan yang telah dilakukannya dahulu.
Assalamualaikum,anakku Khaifzam...
Ketika Ejam membaca perutusan ini,ayah mungkin sudah tidak ada lagi di muka bumi ini.Ayah sedar,Ejam marahkan ayah,bencikan ayah.Tapi,sedarlah kau anakku sayang...apa yang terjadi antara kita bukanlah kehendak ayah.Ayah sudah cuba berterus terang pada kau,nak.Tapi,kau tak pernah cuba memberi ruang pada ayah untuk memberikan penjelasan.
Anakku...ketika kau dilahirkan,kau ayah tatang bagaikan menatang minyak yang penuh.ayah dan ibu sangat gembira memilikimu.Kaulah permata hati kami.Ketika umurmu 5 tahun kau sering diserang asma.Ayah akan berjaga setiap malam kerama bimbang apa-apa terjadi pada kau.Kau suka bermain bola bersama ayah di waktu petang.Ayah akan membawa kau berjalan-jalan sekitar kampung kita setiap minggu.Kau suka ayah membawamu bersiar.Malah,kau juga suka jika ayah membawamu pergi memancing.Ayah sentiasa menemanimu saat kau perlukan.Bila kau ingin tidur,pastinya ayah akan membacakan kisah-kisah dongeng untukmu.
Ayah gembira melihat tawamu.Bila umurmu 7 tahun,kau mula bersekolah.ayah lah yang menghantar dan mengambilmu pulang dari sekolah.Biarpun usiamu sudah pun 7 tahun,namun ayah tetap akan memotongkan kukumu setiap kali ia mula panjang.Ayah yang menyiapkan kau saat kau hendak ke sekolah.Ibumu pula akan menyiapkan sarapan untukmu.Kau juga selalu mengadu kawan-kawanmu suka membulimu.Tidak pernah ayah biarkan kau bersendirian.Pernah sekali kau hampir dilanggar kereta.Tapi ayah menolakmu ke tepi sehingga ayah yang dilanggar kereta itu.Mujurlah ayah cuma patah tangan.Ayah masih boleh berjalan menemanimu ke sekolah.Ayah masih boleh menjagamu dan memastikan engkau selamat setiap masa.
Namun,apa yang berlaku pada usiamu 10 tahun telah merubah hubungan kita dan sekaligus kau membenci ayah serta melupakan ayah.
Anakku,tidak mungkin ayah membunuh insan yang ayah cintai.Yang membuat ayah tinggalkan segala kekayaan yang pernah ayah miliki hanya kerana cintanya.Malam itu,ayah pulang dari menjual buah-buahan dari kebun Pak Mad...Ayah terdengar ibumu di dalam rumah menjerit-jerit.Ayah segera berlari ke dalam mendapatkannya.Ayah nampak Daud,ayah sahabatmu,Jamal sedang rakus merogol ibumu.Bila dia terlihat ayah,segera dia melarikan diri.Namun,sebelum itu,dia sempat menghunus pisau tepat ke dada ibumu.Ayah jadi panik.Ayah rangkul tubuh ibumu...ayah cuba tanggalkan pisau yang terbenam di dadanya.Dan saat itulah kau pulang dari rumah Jamal dan melihat segalanya.Daud pula membuat laporan polis mengatakan ayah yang melakukan pembunuhan itu...
Anakku,percayalah sayang.Sebagaimana aku menyayangimu,begitulah dalamnya cintaku terhadap ibumu.Dialah wanita terbaik dalam hidupku.
Ayah amat menyayangimu dan ayah sudah memaafkan segala kesilapan yang kau lakukan terhadap ayah.Ayah sentiasa mendoakan kebahagiaanmu,anakku.
Salam sayang,
ayahmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan