DropDown List

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Memaparkan catatan dengan label sains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sains. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Mei 2012

Palmar Hyperhidrosis

Telapak tangan berpeluh atau nama saintifiknya Palmar Hyperhidrosis merupakan suatu keadaan di mana si pesakit tidak dapat mengawal peluh di telapak tangan.. peluh itu akan keluar pada bila-bila masa sahaja dalam jumlah yang besar walaupun si pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti. Berkeringat merupakan usaha tubuh untuk mengeluarkan panas sebagai respon dari rasa cemas, cuaca panas, stress, demam, dan sebagainya. Keringat(peluh) berlebihan pada telapak tangan merupakan suatu keadaan yang disebut sebagai hiperhidrosis palmar, terjadi sebagai akibat dari hiperaktivities (aktiviti yang berlebihan) sistem saraf simpatetik yang meningkatkan kerja kelenjar peluh. Nama lain untuk hiperhidrosis  antara lain: keringat berlebihan, hyperhidrosis, hyperidrosis, polyhidrosis, excessive sweating.

Menurut kajian hiperhidrosis berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini tidak memudaratkan sehingga membawa maut, namun akan menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaan seperti kesukaran untuk menulis. Penyakit ini amat sukar untuk dirawat dengan berkesan.


Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic.

Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.


Hiperhidrosis adalah suatu kelainan yang terjadi kerana aktiviti kelenjar peluh yang berlebihan. Hiperhidrosis dapat bersifat primer maupun sekunder.


Hiperhidrosis Primer

Hiperhidrosis primer lebih banyak bersifat idiopatik atau tidak diketahui sebabnya, namun pada beberapa keadaan, hal ini dapat disebabkan oleh meningkatnya aktiviti saraf simpatis kerana stress. Sedangkan sebab lain di sebutkan kerana faktor genetik.


Hiperhidrosis Sekunder

Hiperhidrosis sekunder disebabkan kaerana adanya penyakit yang mendasari yang diderita pesakit atau kerana penggunaan ubat-ubatan. Berikut beberapa contohnya:

- Trauma saraf tulang belakang

- Kematian saraf perifer

- Lesi atau tumor otak

- Monopause

- Penyakit infeksi

- Penyakit metabolik

- Penyakit jantung

- Ubat-Ubatan (propanolol, pilokarpin, golongan antidepresan trisiklik dan golongan Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI)).


Antara kemungkinan penyebab penyakit ini;

-Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.

-Dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung, dan organ reproduktif

-Alahan

-Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll

-Faktor genetik


Kesan Palmar Hyperhidrosis:

-menyebabkan seseorang berasa terganggu dan tidak selesa.

-menjejaskan keyakinan diri dalam berinteraksi secara sosial (contoh: menyebabkan si pesakit malu untuk berjabat tangan dengan orang lain)

-menyebabkan tekanan

-mengalami kesulitan mengoperasikan dan menggenggam alat-alat tertentu seperti pisau, pen atau memainkan alat muzik.

-mengakibatkan dehidrasi/kehilangan cairan tubuh.


Contoh situasi yang sering dihadapi oleh penghidap penyakit ini:

-Rase segan nak salam dengan orang

-Mengesat-ngesat dahulu tangan sebelum bersalaman

-Memerlukan tisu bila nak pegang sesuatu sebab bila tangan berpeluh, nak pegang benda tu pun macam licin

-Setiap kali memegang sesuatu, pasti akan meninggalkan kesan basah kat benda tersebut


Tapi kan., antara kebaikan kepada pesakit yang menghidap penyakit ini ialah telapak tangannya akan sentiasa lembut, halus, licin, mulus.. :senyum:

tapi rase sedih pulak bila bersalam dengan orang lain, ade yang berkata, "Mak oi...lembutnya tangan dia ni... ni mesti tak pernah masuk dapur!".

Rawatan:

-Guna
anti-perspirant yang mengandungi aluminum chloride.
-Makan ubat
anticholinergic (seperti Ditropan, Robinul dan Cogentin) yang bekerja dengan mencegah stimulasi dari kelenjar peluh (tapi ada efeknya iaitu mulut kering, perasaan melayang (dizziness), penglihatan kabur, sembelit, hilang selera makan)
-
Iontophoresis iaitu dengan mengalirkan arus elektrik berkekuatan rendah pada tangan yang dicelupkan di dalam air selama 10-20 minit dengan tujuan untuk ’menutup’ saluran peluh.
-Pembedahan
Endoscopic thoracic sympathectomy (ETS) iaitu dengan memotong syaraf simpatis di tulang belakang di wilayah tulang dada (thorax).
-Suntikan toksin Botulinum @
Botox.

Selasa, 30 November 2010

Kanser Payudara

     Ada antara kawan - kawan kita sudah pun menjadi mangsa...Kanser ini mudah menyerang wanita terutama di peringkat remaja.
     Kanser payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara.Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system).Inilah juga cara serta kaedah penyakit kanser payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Kanser Payudara Wanita
Kanser Payudara Lelaki
Lebih kurang 1% daripada kanser payudara setiap tahun di Amerika Syarikat terdiri daripada kaum lelaki.Peratusan ini semakin meningkat di Amerika Syarikat.Sebanyak 1690 kes baru dikesan di kalangan kaum lelaki setiap tahun (anggaran 2005) dan lebih kurang 460 akan meninggal dunia akibat penyakit ini.Kanser payudara telah meningkat sebanyak hampir 50% dalam 3-4 tahun kebelakangan ini.Kaum lelaki tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana mereka tidak sedar penyakit ini boleh terjadi di kalangan lelaki.Lelaki yang mempunyai sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan kadar yang tetap dan berjumpa dengan doktor sebaik sahaja mereka mengesan sebarang perubahan.Rawatan mereka sama saja dengan rawatan kaum wanita.Lebih awal mereka mengesan kanser mereka,lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.
Tanda-tanda kanser payudara adalah seperti berikut :


1. Terdapat ketulan di dalam payudara.Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit kanser payudara.Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payudara.Kadang kala,ketulan ini boleh disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payudara.Lazimnya ketulan akan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant).Barah juga berlaku pada bahagian tengah atau atas serta dalam payudara tetapi pada kadar yang rendah.


2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payudara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payudara.Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil.Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat disebabkan olehnya.Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara?



1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki.Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid.Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit kanser payudara.

2. Sejarah keluarga - Risiko kanser payudara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah kanser payudara dari keluarga terdekat (first degree relatives) seperti ibu,kakak,adik atau emak saudara.

3. Sejarah kanser - apabila seseorang wanita telah menghidap kanser payudara,risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda.Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payudara yang bukan daripada jenis kanser juga boleh meninggikan risiko untuk kanser payudara.Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk kanser payudara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari,melanomas (barah kulit),usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payudara.Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas).Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan-pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini.Oleh itu,digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon - kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko kanser payudara yang lebih tinggi.Risiko ini meninggi setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti - mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.Berat badan unggul seseorang bergantung kepada ketinggian dan juga rangka badannya.Untuk mengetahui berat badan unggul,seseorang perlulah mengetahui Body mass index (BMI) nya.Formula untuk mengira BMI adalah seperti berikut :

Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (meter) kuasa dua.Julat BMI yang normal untuk wanita ialah 20-24.Jika terdapat berlebihan input,penggunaan tenaga perlulah ditingkatkan seperti senaman untuk membakar lemak lebihan atau pemakanan dikawal supaya tiada lebihan tenaga disimpan sebagai lemak.


Cara membuat pemeriksaan kanser payudara :
Mari kita saksikan video bagaimana melakukan pemeriksaan sendiri terhadap kanser payudara...


Pembedahan Kanser Payudara :


Sabtu, 6 November 2010

tikus bersenyawa dari expired pad???

Lately ni adela terbaca byk kisah psl xpired pad ni dlm FB.Ade gk yg wt cte mgndgkn ank kcing la...mcm2 la.Plik nye yg share,cmmnt xtrpikir ke lgik ke x cte 2.Dh jls2 sume cte 2 xmsk akl.Unless,dh mmg ktntuanNYA...BDW,pad ad expired date ke?


Hurm...dalam note 2 ad sbut ttg :


"...disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya."

Pad expired?Try la gk belek plastik pad.Xnmpk pun any expiry date.Igt ni mknn@makeup@ubat ke?Rasenye paling koman pun kalau pad tu dah bertahun tahun simpan,paling teruk pun rasenye adhesive kt blkg tu akn jd krg mlekat. Klu dh lma sgt smpn,rput.Xth plak ley jd tpt tkus BERTELUR...


Lagi ....


"..kerana dia tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks."

plik la...np mk bpk die caye kt die cm2 je?Xkn la die xde boypren?Mnusia Xsmua ckp bnr.Rmai je yg ska wt cite.Xkn la mak pak dia caye yg ank diorg mngndung tnpa .....


Lagi ttg note 2....


"..terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit.."

Sht hbs bdk ni.Skli ovary die release ovum,trs kua 20 biji.Ni fiction bkn fact.Fact,plg byk pn,skli ovulate,ovary wnta normal boleh kua kn 2 ovum sekali menstrual cycle.2pn klu ke2-2 blh ovary die kuar kn tlur.Normal 1 la.Sbb tu la mnusia klu prgnant pn sorg ank.Kmbr,spcial kes.

Lagi dan lagi.....

"..MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KE DALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKINN..."


Period Xkn mybabkn ovum @ telur mnusia trsnywa.Msa period,endometrium wall lining akan dinyahcas oleh bdn.Dlm erti kta lain,dri ctu la dtgny drh haid.Drh haid ni di kua kn dri bdn sb bln lps,Xde prsnywaan yg blku.Sb dh expired,bdn tpksa buang drh ni untuk seimbangkan rembesan hormon yg bribu jns dlm bdn.Xde nye la semen/ mani tikus jantan tu boleh masuk dalam ovari mangsa.MUNGKIN,MUNGKIN,MUNGKIN....HUH...TAK MUNGKIN LANGSUNG.Okay.Worst case scenario,kte andaikn mgsa Xperiod & sperm tkus mmg dh msk dlm uterus atau fallopian tube mgsa, klu la sperm tkus tu bjya tmbus ovum mgsa & psnywaan blku,tlur yang tsnyawa tu ttp akn mti.Sb ny,jmlh kromosom* mnusia dgn tkus adalah berbeza.

Byangkn lalat dgn kuda cba lhirkn ank,cm2 la mnusia dgn tkus.

*kromosom: susunan struktur DNA & protein dalam cell.

Lagi,lagi,lagi,lagi dan lagi...

"..anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut.."

Tkus Xmgamalkn parasitic nursery which is,bnatg lain (parasit) btlur dlm bnatg lain (host/perumah) & ble baby parasit 2 dh mnetas,die akn mkn host die inside out.Ngeri!
Klu hamster bru lepas branak,baby die kecik giler.Serious cm krg upya.Diorg buta & Xlrat lgsg nk grk.Tah mna dtg kudrt nk mkn organ mgsa.Mmg Xleh nk ckp lgi dh.Mmg Xlogik.


Mgkin niat pnulis note 2 sje nak share sb die concerned dgn kaum prmpuan tp,adeh...kelakar la.Xpn die nk tgk bape rmai yg tmkn dgn kte2 die.Xksh la pe intention pnulis cite ni tp pe yg CONFIRM,cite die dh mlggr byk hkum hkam biologi. :)


Antra pic yg di attach :