DropDown List

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Jumaat, 30 Mac 2018

Repairing Phone...

BERITA BAIK UNTUK KAWAN2, ADIK2, KAKAK2, ABANG2.



Pada sesape yang ade msalah dngan henfon korang, xkire la... rosak ke... screen lock ke...
ataupun google lock @ gr8 lock dan ape lock sklipon la...

Skrang da ade servis phone yang lbih mudah. Tak perlu ke kedai... tak perlu menunggu. Dan tak perlu beratur. Cume perlu ke pjabat pos, dan poskan henfon korang.

ye, poss.. (^_^)
Cume pos je, korang da boleh repair phone korang yang bermasalah tu.

CARANYA MUDAH! SANGAT MUDAH!!!

Poskn henfon korang dngan borang kat bwah ni.
( MOHON DIISI SEBELUM DIHANTAR )



Sume da legkap, phone da pos... tnggu repairing feedback, dan wallaaa... phone korang akan dihantar semula dan boleh digunakan kembali. Klau xstuju dngan harge sparepart yang perlu ditukar, xpe... korang boley dpatkn blik phone korang cume dngan servis cas RM25 shaja.


Ahad, 6 Ogos 2017

Lagi tentang Yes Or No

Hehehe... kali ni AishYun nk share lagi psal Yes Or No ni. Dlam movie Yes Or No 2 yg dilakonkn watak utama Tina Jittaleela (TJ) dan Aom Suchar Manaying (Aom) ada 1 lgu yg dnyanyikn oleh TJ yg sngat besttt... ( pde AisYun laaa... xtaw klau orng lain yg dngar mcam mne pndpat diorang (^_^) ). Jngan buang mse... Jom kite lyan!!!




Ahad, 16 Julai 2017

Yes Or No versi malaysia??!!

Lame da xupdate blog. Tibe2 rase nak aktif smule.

Dan... topiknye tentang TiAom.



            Sebenarnye kan... AishYun ni peminat cerita YON tue. Yes Or No... First layan cite ni tahun 2010. 7 tahun lepas. Bukan tentang isu percintaan antara Pie dan Kim yang menarik... tapi keistimewaan jalan cerita yang berkisar tentang manusia sekeliling yang memandang serong. But, the best part bile Pie yang tak pernah terlibat dengan percintaan macam tue tak la memandang rendah walaupun tak menggalakkan. Pie atau nama sebenar Aom Suchar Manaying (Aom) antara pelakon terkenal Thai. Berganding dengan Kim atau nama sebenar Tina Jittaleela (TJ) yang merupakan pelakon baru time tue. YON nie cite first TJ yang buat die terus jadi femes lepas cite nie.


Yang AishYun suke dalam cite ni ofkos la koleksi lagu-lagu die. Bagi yang faham maksudnye tentu akan setuju dengan AishYun... huhu. Nanti kite kongsi sesame, ok?





















" Terima kasih kerana berani mencintaiku "





Meh... jom kite layan cite ni dulu.
(^_^)


PART 1





PART 2



PART 3



PART 4




PART 5



PART 6



PART 7

Sabtu, 3 September 2016

Rindu Yang Tak Terluah

Dalam hidup ni, sebagai manusia kite memang dilahirkan mempunyai perasaan untuk mencintai, dicintai dan saling menyayangi.. Namun tak semua perasaan akan terbalas. Bukan semua perasaan kasih sayang akan berakhir dengan mahligai kebahagiaan dan saling melengkapi.

          Hari ni AishYun nak share 1 lagu yang AishYun suke dengar kebelakangan ni. Dan AishYun cbe translate in English tk outside viewers. Lets feel it together.

 


Why did we always being apart
Always being alone
And always hurting each other

Are we not in the same path anymore
Its kind a burden for me
Hard for me

What did i do wrong
You're being mean to me
Always being alone
Left alone

Love that i've ever imagine
You let it down
Its kind a burden for me
To let you go

Its not easy for me to go through
When all our memories appear and breaking my heart
In the night, i'm not able to sleep thinking of you

Try to hold
Half of my soul fly away accompany you
My next episode of love become a mare again
Rewind again hurting myself and hurt my heart a lot

Dear god,
I just want the best
The best for me
The one who are only you servant

Dear god,
Please stop all the losses
Let me meet her
The last one for me...


Sori for a bad translation.. 
(^_^)

Surah Al Fajr mengharukan... (!_!)

AishYun ade create 1video yang AishYun nak share dengan semua orang. Actually, AishYun ade gak publish kat youtube video ni. Smoga kite same2 beroleh manfaat dan pengertian yang DIA nak sampaikan pade kite mlalui penghayatan surah ni.

 يرحمكالله



Jumaat, 2 September 2016

Mencintaimu

Masih segar di ingatanku
Saat pertama kali kita bertemu
Senyuman yang kau ukirkan untukku
Mungkinkah di situ bermulanya sebuah kata RINDU?

Saban hariku merindu
Hatiku kian berlagu syahdu
Saat yang berlalu kurasakan sayu
Tanpamu di sisi menemani hari - hariku

Kini segalanya hanya tinggal kenangan
Biarpun hati kian kesakitan
Meratapi keindahan silam dengan kesayuan
Menuruti kemahuan dan permintaan.

Kita pernah merasai nikmat bahagia
Berdua bersama bercinta
Hanyut dibuai rasa bergelora
Tenggelam dalam badai membinasa.

Yang tinggal hanya aku...
Meratapi masa laluku...
Indah bersamamu...
Hanya sementara waktu.

Sayang, rindu saya pada awak takkan pernah padam meski kini kita tak sehaluan lagi. Yang pasti, janji untuk jadikan awak yang terakhir sebagai cinta hati, tetap saya pegang sampai akhir nanti. Biarlah hakikat percintaan dan perpisahan ni cume kite je yang tahu. Saya sayangkan awak sampai akhir hayat saya.



Lukisan Sesajer (^_^)


Kebelakangan ni rase rindukan seseorang yang tak mungkin boleh bertemu lagi. Jadi, cme mampu lukiskan gambaran wajah die berdasarkan bayangan die je. Mungkinkah die jugak turut merase ape yang AishYun rase saat ni???


Tak serupa langsung... hahaha.
Juz wana say dat... I miss u so much.

Jumaat, 25 Mei 2012

Palmar Hyperhidrosis

Telapak tangan berpeluh atau nama saintifiknya Palmar Hyperhidrosis merupakan suatu keadaan di mana si pesakit tidak dapat mengawal peluh di telapak tangan.. peluh itu akan keluar pada bila-bila masa sahaja dalam jumlah yang besar walaupun si pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti. Berkeringat merupakan usaha tubuh untuk mengeluarkan panas sebagai respon dari rasa cemas, cuaca panas, stress, demam, dan sebagainya. Keringat(peluh) berlebihan pada telapak tangan merupakan suatu keadaan yang disebut sebagai hiperhidrosis palmar, terjadi sebagai akibat dari hiperaktivities (aktiviti yang berlebihan) sistem saraf simpatetik yang meningkatkan kerja kelenjar peluh. Nama lain untuk hiperhidrosis  antara lain: keringat berlebihan, hyperhidrosis, hyperidrosis, polyhidrosis, excessive sweating.

Menurut kajian hiperhidrosis berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini tidak memudaratkan sehingga membawa maut, namun akan menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaan seperti kesukaran untuk menulis. Penyakit ini amat sukar untuk dirawat dengan berkesan.


Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic.

Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.


Hiperhidrosis adalah suatu kelainan yang terjadi kerana aktiviti kelenjar peluh yang berlebihan. Hiperhidrosis dapat bersifat primer maupun sekunder.


Hiperhidrosis Primer

Hiperhidrosis primer lebih banyak bersifat idiopatik atau tidak diketahui sebabnya, namun pada beberapa keadaan, hal ini dapat disebabkan oleh meningkatnya aktiviti saraf simpatis kerana stress. Sedangkan sebab lain di sebutkan kerana faktor genetik.


Hiperhidrosis Sekunder

Hiperhidrosis sekunder disebabkan kaerana adanya penyakit yang mendasari yang diderita pesakit atau kerana penggunaan ubat-ubatan. Berikut beberapa contohnya:

- Trauma saraf tulang belakang

- Kematian saraf perifer

- Lesi atau tumor otak

- Monopause

- Penyakit infeksi

- Penyakit metabolik

- Penyakit jantung

- Ubat-Ubatan (propanolol, pilokarpin, golongan antidepresan trisiklik dan golongan Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI)).


Antara kemungkinan penyebab penyakit ini;

-Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.

-Dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung, dan organ reproduktif

-Alahan

-Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll

-Faktor genetik


Kesan Palmar Hyperhidrosis:

-menyebabkan seseorang berasa terganggu dan tidak selesa.

-menjejaskan keyakinan diri dalam berinteraksi secara sosial (contoh: menyebabkan si pesakit malu untuk berjabat tangan dengan orang lain)

-menyebabkan tekanan

-mengalami kesulitan mengoperasikan dan menggenggam alat-alat tertentu seperti pisau, pen atau memainkan alat muzik.

-mengakibatkan dehidrasi/kehilangan cairan tubuh.


Contoh situasi yang sering dihadapi oleh penghidap penyakit ini:

-Rase segan nak salam dengan orang

-Mengesat-ngesat dahulu tangan sebelum bersalaman

-Memerlukan tisu bila nak pegang sesuatu sebab bila tangan berpeluh, nak pegang benda tu pun macam licin

-Setiap kali memegang sesuatu, pasti akan meninggalkan kesan basah kat benda tersebut


Tapi kan., antara kebaikan kepada pesakit yang menghidap penyakit ini ialah telapak tangannya akan sentiasa lembut, halus, licin, mulus.. :senyum:

tapi rase sedih pulak bila bersalam dengan orang lain, ade yang berkata, "Mak oi...lembutnya tangan dia ni... ni mesti tak pernah masuk dapur!".

Rawatan:

-Guna
anti-perspirant yang mengandungi aluminum chloride.
-Makan ubat
anticholinergic (seperti Ditropan, Robinul dan Cogentin) yang bekerja dengan mencegah stimulasi dari kelenjar peluh (tapi ada efeknya iaitu mulut kering, perasaan melayang (dizziness), penglihatan kabur, sembelit, hilang selera makan)
-
Iontophoresis iaitu dengan mengalirkan arus elektrik berkekuatan rendah pada tangan yang dicelupkan di dalam air selama 10-20 minit dengan tujuan untuk ’menutup’ saluran peluh.
-Pembedahan
Endoscopic thoracic sympathectomy (ETS) iaitu dengan memotong syaraf simpatis di tulang belakang di wilayah tulang dada (thorax).
-Suntikan toksin Botulinum @
Botox.

Dia yang menCINTAimu

1] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

2] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti
‘Selamat Pagi’, 'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca, kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya, kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS
‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar
‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang
SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan

minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah

mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20] Kalau kamu melihat handphonenya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar
INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya!

Rabu, 18 April 2012

Izzah Farewell ( T . T )

RYHS attend izzah farewell gn opis mate on Tuesday, 28/02/2012...lets pictures tell evrythings (^_^)

 

 








































Gudluck, Izzah...






Isnin, 16 April 2012

Tink it!!!

Cinte bukan semudah ape yang kite sangke, sayang. Semakin kite mencintai, semakin besar tanggungjawab kite dalam mempertahankan cinte. Tak semestinye bertahan dengan memakse diri untuk kekal bersame. Cinte bukan bererti sentiase ade di samping. Tapi, cinte sentiase ade biarpun jauh dipisah jarak.


Aku tega menanti saat itu.. Saat yang bakal memisahkan kite. Biarpun jasad kan berjauhan, ingatanku kan kian pudar..namun, cinte itu akan kian mekar. Aku yakini cinte itu.. Kerane aku membajainye setulus hatiku..penuh dengan kuntuman bebunga indah yang bercambah di sudut hati semenjak kau hadir dalam hidupku.


Meski kau tak pernah merasainye, aku bahagie bersamemu. Tiada saat yang kudamba melainkan saat menatapmu..dekat..dan aku dapat merasekan debaran itu.. Masih dapat kubayangkan ayu wajahmu disirami sinar cahaya malam, alur matamu sayu merunduk tak membalas renungku, lembut bibirmu mengukir senyum…


Jika takdir aku tidak mampu mempertahankan memori itu bersamaku, aku tetap akan memastikan perasaan itu tidak akan hilang. Biar cinte itu tetap mekar di dalam hatiku..tidak kan layu bertali arus mengikut mase.


Kaulah insan yang aku cintai..1  1 nye yang takkan berganti. Maafkan aku kerane tak mampu untuk terus bersamemu. Biarpun kau mungkin akan membenciku, tapi aku akan tetap mencintaimu..sekalipun hanye sekadar di dalam hati tanpe tiade siape pun kan menyedarinye.Itulah cinteku meskipun kau tak mungkin dapat merasainye…Maafkan aku, sayang.


_SA_

Selasa, 10 April 2012

Lagi tentang Yaasiin




RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu: 


1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.


2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.


5. Jika terpenjara akan dibebaskan.


6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.


7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.


8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.


9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.


10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yaasiin. Sesiapa membaca surah Yaasiin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".


13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasiin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Wallahu ‘alam bissawab

Fadhilat amalan surah YAASIIN

Ø Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
Ø Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ø Ayat 12 – Jantung Yaasiin
Ø Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah
                            Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan
                    kejahatan mulut.
Ø Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya
                    kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang
                    tersebut.
Ø Ayat 30 – Untuk keinsafan
Ø Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Ø Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka
                            bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
                  dijadikan berpasang - pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi
              sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
              Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap
              pagi sebelum keluar rumah.
Ø Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati
                    yang kering akan hidup semula.
Ø Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada
                    Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t.
Ø Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Nuh a.s. naik kapal. Elok dibaca sewaktu
                    menaiki kenderaan.
Ø Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia. Dibaca untuk
                    dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ø Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
            Ø Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
            Ø Tiupan ke2 – Hancur
            Ø Tiupan ke3 – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di
                padang Mahsyar.
Ø Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ø Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah.
Ø Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Ø Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang
                    dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ø Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk
                      doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata,
               Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal
               telah hancur?”
Ø Ayat 79 – "Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
             menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui
             tentang segala makhluk."
Ø Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 x. Dibaca
                  pada air dan minum selama 40 hari - boleh menjadi penawar.
              Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari. Caranya:
             Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x)
             Dan berdoa apa sahaja hajat.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula dari 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yaasiin
    dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yaasiin, baca Al- Fatihah, bacalah doa dengan apa
    yang dihajati dan selepas berdoa, baca semula Al-Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.


Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

Ø Yaasiin adalah jantung Al-Quran
Ø Memahami makna ayat - ayat di dalam Al-Quran
Ø Yasin memudahkan yang susah.
   o Anak sakit
   o Berduka dan kecewa
   o Memudahkan urusan
   o Memudahkan perjalanan
   o Dijadikan sebagai selusoh (mengurangkan sakit bersalin)

 Boleh dibaca dengan cara :

Ø Baca Yaasiin (3x) ke atas air minuman
Ø Baca 3 Qul (3x)
Ø Fatihah
Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira
   mati dalam tidur, dosa diampunkan.InsyaAllah..

Ayat 9 – “Waja’alna… .”

Ø Lindungi rumah dari pencuri – baca dan tiup di tiap-tiap penjuru
   rumah.
Ø Lindungi diri dari dianiaya
Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
   Ø Baca Ayat 9
   Ø Fatihah
   Ø Baca 3 Qul (3x)
   Ø Ayat Kursi

Ayat 29 – “In kanat illa… .”
Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata
   buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 – “subhanallazi..”
Ø Untuk cari jodoh - Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada
   pagi hari
Ø Ya Wadud (3x)

Ayat 58 – “Salamun… “
Ø Jika sakit anggota
Ø Tak tenang hati
Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 – “Falayahzun..”
Ø Bila rasa sedih
Ø Untuk menenangkan hati
Ø Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 – 79 “dari Yuhyil Wahiya… “
Ø Tulang patah
Ø Sakit sendi
Ø Sakit lutut

Ayat 82 – “Innama amruhu..”
Ø Jika mandul
Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
   o Sembahyang tahjud
   o Sembahyang hajat
   o Doa minta hajat
   o Baca ayat 100 x dengan yakin
   o Amalkan 41 malam
Atau (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
   o Seperti di atas
   o Bila baca ayat, tiup dalam air
   o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda
      lain
   o Doa sambil minum
   o Untuk 41 pagi
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan niat dan ikhlas melakukannya.

Dalam Yaasiin merangkumi :
Ø Ilmu Pertanian
Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian