DropDown List

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Jumaat, 25 Mei 2012

Palmar Hyperhidrosis

Telapak tangan berpeluh atau nama saintifiknya Palmar Hyperhidrosis merupakan suatu keadaan di mana si pesakit tidak dapat mengawal peluh di telapak tangan.. peluh itu akan keluar pada bila-bila masa sahaja dalam jumlah yang besar walaupun si pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti. Berkeringat merupakan usaha tubuh untuk mengeluarkan panas sebagai respon dari rasa cemas, cuaca panas, stress, demam, dan sebagainya. Keringat(peluh) berlebihan pada telapak tangan merupakan suatu keadaan yang disebut sebagai hiperhidrosis palmar, terjadi sebagai akibat dari hiperaktivities (aktiviti yang berlebihan) sistem saraf simpatetik yang meningkatkan kerja kelenjar peluh. Nama lain untuk hiperhidrosis  antara lain: keringat berlebihan, hyperhidrosis, hyperidrosis, polyhidrosis, excessive sweating.

Menurut kajian hiperhidrosis berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini tidak memudaratkan sehingga membawa maut, namun akan menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaan seperti kesukaran untuk menulis. Penyakit ini amat sukar untuk dirawat dengan berkesan.


Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic.

Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.


Hiperhidrosis adalah suatu kelainan yang terjadi kerana aktiviti kelenjar peluh yang berlebihan. Hiperhidrosis dapat bersifat primer maupun sekunder.


Hiperhidrosis Primer

Hiperhidrosis primer lebih banyak bersifat idiopatik atau tidak diketahui sebabnya, namun pada beberapa keadaan, hal ini dapat disebabkan oleh meningkatnya aktiviti saraf simpatis kerana stress. Sedangkan sebab lain di sebutkan kerana faktor genetik.


Hiperhidrosis Sekunder

Hiperhidrosis sekunder disebabkan kaerana adanya penyakit yang mendasari yang diderita pesakit atau kerana penggunaan ubat-ubatan. Berikut beberapa contohnya:

- Trauma saraf tulang belakang

- Kematian saraf perifer

- Lesi atau tumor otak

- Monopause

- Penyakit infeksi

- Penyakit metabolik

- Penyakit jantung

- Ubat-Ubatan (propanolol, pilokarpin, golongan antidepresan trisiklik dan golongan Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI)).


Antara kemungkinan penyebab penyakit ini;

-Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.

-Dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung, dan organ reproduktif

-Alahan

-Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll

-Faktor genetik


Kesan Palmar Hyperhidrosis:

-menyebabkan seseorang berasa terganggu dan tidak selesa.

-menjejaskan keyakinan diri dalam berinteraksi secara sosial (contoh: menyebabkan si pesakit malu untuk berjabat tangan dengan orang lain)

-menyebabkan tekanan

-mengalami kesulitan mengoperasikan dan menggenggam alat-alat tertentu seperti pisau, pen atau memainkan alat muzik.

-mengakibatkan dehidrasi/kehilangan cairan tubuh.


Contoh situasi yang sering dihadapi oleh penghidap penyakit ini:

-Rase segan nak salam dengan orang

-Mengesat-ngesat dahulu tangan sebelum bersalaman

-Memerlukan tisu bila nak pegang sesuatu sebab bila tangan berpeluh, nak pegang benda tu pun macam licin

-Setiap kali memegang sesuatu, pasti akan meninggalkan kesan basah kat benda tersebut


Tapi kan., antara kebaikan kepada pesakit yang menghidap penyakit ini ialah telapak tangannya akan sentiasa lembut, halus, licin, mulus.. :senyum:

tapi rase sedih pulak bila bersalam dengan orang lain, ade yang berkata, "Mak oi...lembutnya tangan dia ni... ni mesti tak pernah masuk dapur!".

Rawatan:

-Guna
anti-perspirant yang mengandungi aluminum chloride.
-Makan ubat
anticholinergic (seperti Ditropan, Robinul dan Cogentin) yang bekerja dengan mencegah stimulasi dari kelenjar peluh (tapi ada efeknya iaitu mulut kering, perasaan melayang (dizziness), penglihatan kabur, sembelit, hilang selera makan)
-
Iontophoresis iaitu dengan mengalirkan arus elektrik berkekuatan rendah pada tangan yang dicelupkan di dalam air selama 10-20 minit dengan tujuan untuk ’menutup’ saluran peluh.
-Pembedahan
Endoscopic thoracic sympathectomy (ETS) iaitu dengan memotong syaraf simpatis di tulang belakang di wilayah tulang dada (thorax).
-Suntikan toksin Botulinum @
Botox.

Dia yang menCINTAimu

1] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

2] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti
‘Selamat Pagi’, 'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca, kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya, kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS
‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar
‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang
SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan

minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah

mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20] Kalau kamu melihat handphonenya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar
INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya!

Rabu, 18 April 2012

Izzah Farewell ( T . T )

RYHS attend izzah farewell gn opis mate on Tuesday, 28/02/2012...lets pictures tell evrythings (^_^)

 

 








































Gudluck, Izzah...






Isnin, 16 April 2012

Tink it!!!

Cinte bukan semudah ape yang kite sangke, sayang. Semakin kite mencintai, semakin besar tanggungjawab kite dalam mempertahankan cinte. Tak semestinye bertahan dengan memakse diri untuk kekal bersame. Cinte bukan bererti sentiase ade di samping. Tapi, cinte sentiase ade biarpun jauh dipisah jarak.


Aku tega menanti saat itu.. Saat yang bakal memisahkan kite. Biarpun jasad kan berjauhan, ingatanku kan kian pudar..namun, cinte itu akan kian mekar. Aku yakini cinte itu.. Kerane aku membajainye setulus hatiku..penuh dengan kuntuman bebunga indah yang bercambah di sudut hati semenjak kau hadir dalam hidupku.


Meski kau tak pernah merasainye, aku bahagie bersamemu. Tiada saat yang kudamba melainkan saat menatapmu..dekat..dan aku dapat merasekan debaran itu.. Masih dapat kubayangkan ayu wajahmu disirami sinar cahaya malam, alur matamu sayu merunduk tak membalas renungku, lembut bibirmu mengukir senyum…


Jika takdir aku tidak mampu mempertahankan memori itu bersamaku, aku tetap akan memastikan perasaan itu tidak akan hilang. Biar cinte itu tetap mekar di dalam hatiku..tidak kan layu bertali arus mengikut mase.


Kaulah insan yang aku cintai..1  1 nye yang takkan berganti. Maafkan aku kerane tak mampu untuk terus bersamemu. Biarpun kau mungkin akan membenciku, tapi aku akan tetap mencintaimu..sekalipun hanye sekadar di dalam hati tanpe tiade siape pun kan menyedarinye.Itulah cinteku meskipun kau tak mungkin dapat merasainye…Maafkan aku, sayang.


_SA_

Selasa, 10 April 2012

Lagi tentang Yaasiin




RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu: 


1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.


2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.


5. Jika terpenjara akan dibebaskan.


6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.


7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.


8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.


9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.


10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yaasiin. Sesiapa membaca surah Yaasiin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".


13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasiin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Wallahu ‘alam bissawab

Fadhilat amalan surah YAASIIN

Ø Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
Ø Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ø Ayat 12 – Jantung Yaasiin
Ø Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah
                            Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan
                    kejahatan mulut.
Ø Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya
                    kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang
                    tersebut.
Ø Ayat 30 – Untuk keinsafan
Ø Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Ø Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka
                            bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
                  dijadikan berpasang - pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi
              sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
              Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap
              pagi sebelum keluar rumah.
Ø Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati
                    yang kering akan hidup semula.
Ø Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada
                    Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t.
Ø Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Nuh a.s. naik kapal. Elok dibaca sewaktu
                    menaiki kenderaan.
Ø Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia. Dibaca untuk
                    dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ø Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
            Ø Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
            Ø Tiupan ke2 – Hancur
            Ø Tiupan ke3 – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di
                padang Mahsyar.
Ø Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ø Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah.
Ø Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Ø Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang
                    dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ø Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk
                      doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata,
               Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal
               telah hancur?”
Ø Ayat 79 – "Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
             menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui
             tentang segala makhluk."
Ø Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 x. Dibaca
                  pada air dan minum selama 40 hari - boleh menjadi penawar.
              Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari. Caranya:
             Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x)
             Dan berdoa apa sahaja hajat.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula dari 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yaasiin
    dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yaasiin, baca Al- Fatihah, bacalah doa dengan apa
    yang dihajati dan selepas berdoa, baca semula Al-Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.


Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

Ø Yaasiin adalah jantung Al-Quran
Ø Memahami makna ayat - ayat di dalam Al-Quran
Ø Yasin memudahkan yang susah.
   o Anak sakit
   o Berduka dan kecewa
   o Memudahkan urusan
   o Memudahkan perjalanan
   o Dijadikan sebagai selusoh (mengurangkan sakit bersalin)

 Boleh dibaca dengan cara :

Ø Baca Yaasiin (3x) ke atas air minuman
Ø Baca 3 Qul (3x)
Ø Fatihah
Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira
   mati dalam tidur, dosa diampunkan.InsyaAllah..

Ayat 9 – “Waja’alna… .”

Ø Lindungi rumah dari pencuri – baca dan tiup di tiap-tiap penjuru
   rumah.
Ø Lindungi diri dari dianiaya
Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
   Ø Baca Ayat 9
   Ø Fatihah
   Ø Baca 3 Qul (3x)
   Ø Ayat Kursi

Ayat 29 – “In kanat illa… .”
Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata
   buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 – “subhanallazi..”
Ø Untuk cari jodoh - Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada
   pagi hari
Ø Ya Wadud (3x)

Ayat 58 – “Salamun… “
Ø Jika sakit anggota
Ø Tak tenang hati
Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 – “Falayahzun..”
Ø Bila rasa sedih
Ø Untuk menenangkan hati
Ø Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 – 79 “dari Yuhyil Wahiya… “
Ø Tulang patah
Ø Sakit sendi
Ø Sakit lutut

Ayat 82 – “Innama amruhu..”
Ø Jika mandul
Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
   o Sembahyang tahjud
   o Sembahyang hajat
   o Doa minta hajat
   o Baca ayat 100 x dengan yakin
   o Amalkan 41 malam
Atau (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
   o Seperti di atas
   o Bila baca ayat, tiup dalam air
   o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda
      lain
   o Doa sambil minum
   o Untuk 41 pagi
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan niat dan ikhlas melakukannya.

Dalam Yaasiin merangkumi :
Ø Ilmu Pertanian
Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian

Makna surah YAASIIN bagi setiap ayat

[1] 
Yaa, Siin.
[2]
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
[3]
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
[4]
Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).
[5]
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
[6]
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
[7]
Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.
[8]
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
[9]
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
[10]
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.
[11]
Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.
[12]
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
[13]
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
[14]
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.
[15]
Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
[16]
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
[17]
"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".
[18]
Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".
[19]
Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".
[20]
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
[21]
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
[22]
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23]
"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24]
"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[25]
"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.
[26]
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -
[27]
"Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan".
[28]
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
[29]
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
[30]
Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
[31]
Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).
[32]
Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
[33]
Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.
[34]
Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair,
[35]
Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?
[36]
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
[37]
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
[38]
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
[39]
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
[40]
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
[41]
Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
[42]
Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
[43]
Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -
[44]
Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
[45]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: " berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat", (mereka tidak mengindahkannya).
[46]
Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
[47]
Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata".
[48]
Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!",
[49]
Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
[50]
Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
[51]
Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
[52]
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
[53]
Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
[54]
Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
[55]
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;
[56]
Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;
[57]
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
[58]
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
[59]
Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).
[60]
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
[61]
"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
[62]
"Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
[63]
"Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
[64]
"Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!"
[65]
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
[66]
(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
[67]
(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.
[68]
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
[69]
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
[70]
Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.
[71]
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
[72]
Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
[73]
Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
[74]
Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).
[75]
Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.
[76]
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
[77]
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
[78]
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"
[79]
Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
[80]
"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".
[81]
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.