Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah,disangka riak
Orang yang relax,disangka malas
Orang yang pakai baju baru,disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk,disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak,disangka pelahap
Orang makan sikit,disangka kedekut
Orang baik,disangka buruk
Orang buruk,disangka baik
Orang senyum,disangka mengejek
Orang masam,disangka merajuk
Orang bermuzakarah,disangka mengumpat
Orang diam,disangka sombong
Orang menawan,disangka pakai susuk
Orang nampak ceria,disangka berlakon saja
mana tahu,yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu,yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu,yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu,yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu,yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat...
Macam bila memandang keluar tingkap.....
Ada orang nampak dan lihat pokok,
Ada orang nampak dan lihat awan,
Ada orang nampak dan lihat jalan,
Ada orang nampak dan lihat burung berterbangan...
dan macam-macam lagi...
Walhal walaupun semuanya melihat melalui tingkap yang sama.
Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...
Positif yang dilihat,maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya,
kalau negatif yang dilihat,maka negatif lah yang kita dapat.
Mari kita sama-sama betulkan penilaian kita.
Berbaik sangka lah sesama kita.